Khamis, 22 Oktober 2009

Orang Komplen

Dee dah lama tak hapdet blog..walaupun hakikatnya, banyak tudung baru terhangat di pasaran..
kalau nak tengok datang kat :
Pasar Malam Tmn perwira : TPG (Rabu Malam)
Pasar Pagi Tmn Perwira : TPG (Ahad pagi)
so far, mcm takda mood lagi nak update.. nak kene amik gambar, nak edit..
si farah tu, belum advance lagi bab2 editting nie..Anyway, tunggukan
Kemunculan Koleksi Baru By 1st November 2009

Ahad, 19 Julai 2009

Syria Colllection - As Promised


Salam Semua

Syria sudah datang dengan koleksi RETRO, TECHNO dan ABSTRACT untuk pilihan dan citarasa masing-masing. Harganya cukup berpatutan RM 15 untuk semua design. Kalau berkesempatan ke Pasar Malam Taman Perwira, sure u will get some DISCOUNT !!!!


ATAS adalah design terbaru SYRIA ABSTRACT-more sofistikated


Di bawah pula SYRIA TECHNO- ladies gitu..




dan SYRIA RETRO utk yg stylo-mylo..


There are very limited. Hurry to order NOW.
Please contact Kak Liza : o19-3526175 / Farra : 017-3305664 / Dee : 019-2886747

DADA :)

Khamis, 16 Julai 2009

Lampu-Lampu Yang Terus Meletup

Salam Semua,
Dah dekat seminggu Dee tak update. Sebabnye, model tudung (Farra) n family pegi tengok Amin, Ayu n Atin lawan Taekwondo di Stadium Melawati Shah Alam. Hasilnya, semua bawak balikla jugak pingat, walaupun sasarannye GOLD, dapat silver n Bronze pun jadila..Dee plak kene g site visit di Penang. Sebenarnya ada design2 tudung baru yg nak publish, tapi, dee betul2 tak sempat nak edit the pictures. Weekend nie dee update yer !!!
Semalam, malam kedua berniaga di Pasar Malam. kali nie, semua org keje. Kakak mulakan dulu dengan mencari tapak. kami dah dapat kesimpulan baru, iaitu : Kalau dah pukul 6, tapak tu kosong je, apalagi, masuk je..jangan kau ROUND MENCARI PAK AYUB yg soke hilang itu..Tahniah tu kakak (Kak Liza) sebab dapat tapak yg makin kedepan.

Yg mencabarnya, lampu kami terus-terusan MELETUP..Dee tension jugak..Sambutan baik sangat. Tapi lampu plak wat hal. Kakak n Bujey tak putus asa cari ROOT CAUSE..(huhu rasa mcm kat NEC plak) Ada brother tu tolong kami arrange kan wayar.. Kesimpulan kedua, walaupun kami ada 2 Engineer, teori yg dibelajar tetap takleh pakai..kene ade pengalaman jugak nak handle Generator tu..Hua hua hua..tamatla kisah malam seribu satu malam...

Khamis, 9 Julai 2009

Pengumuman !!!

Salam semua,
Alhamdulillah, dah selamat satu malam d berniaga dgn kak Liza di pasar malam. Pengalaman yg tak mungkin Dee dapat kalau d tak nekad nak mencuba bidang baru nie..Syukurlah, kami akan baiki kesilapan dan cube improve di masa akan datang.
Excitednya dee semalam, sampai lupa nak mention harga shawl yg d published.
Maka, harga bagi SHAWL CHIFFON adalah RM 13 dan SHAWL SILK adalah RM 15.
Sampai jumpe lagi.

Rabu, 8 Julai 2009

SHAW SILK - Julai Series


Floral Silk Series nie, sekali orang tengok je biasanya dah tertawan. Ada 4 design yg berbeza corak bunganya.
Dari bawah kiri, ( Pink Rose) diikuti corak bunga2 kecil bewarna purple, atasnya pula a bit abstract dengan kombinasi warna bandung dan calitan hitam putih. Next to it, Kuning mix hijau dan akhir sekali (atas kanan) bercorak bunga ROS besar berlatarkan putih.

Polka Dot Silk Design nie memang Trend sekarang especially untuk remaja n anak2 dara. Ups, mak dara pun boleh jugakla...Bila rasa kain silk nie, mcm tak confident nak pakai, tapi corak2 silk series ni sweet la sangat. Tips nye, anda kena tarik sikit shawl masa nak buat lilitan supaya die kejap dan kemas. Buktinya Farra did it !! n it look so nice to her n so do u. Ada 4 warna so far,
latar hitam dot kuning (Farra) , latar putih dot hijau , latar putih dot coklat dan purple dots.


SHAWL CHIFFON - Julai Series

Bagi yang nak mengenakan Shawl yang lebih klasik, boleh try Batik Collection ni. Ada gaya yang tersendiri dan Kelass Gituuu..Batik Shawl boleh didapati dalam 3 warna GREY, Kombinasi Hijau lembut dan Coklat dan Hijau Gelap mcm FARRA kenakan.

Chiffon Floral Series menampakkan si pemakai lebih ayu dan lembut. Terdapat dalam warna OUTLINE MERAH, HIJAU TUA (FARRA) dan COKLAT. Sesuai dikenakan dengan BAJU PLAIN dan sudah pastinya mudah untuk dibentuk.


Chiffon Polka Dot ini sangat sweet. Boleh pakai dengan pakaian casual untuk outing dan sesuai dikenakan dengan jeans. Mudah dipakai dan terdapat dalam 3 warna iaitu Hitam seperti yg FARRA pakai, HIJAU TEBU dan COKLAT.

Koleksi Shawl - Julai Series sudah tiba...

Salam Semua,

Dee sebenarnya tak sabar nak hadapi hari esok. Kami nak LAUNCH tudung-chanteq.blogspot dengan rasminya dan pembukaan cawangan pertama di Pasar Malam Taman Perwira Telok Panglima Garang. Esok barula d nak pikir KONSEP Both !!! Anyhow, dah ada 30% idea. Pada kawan-kawan NEC, anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan khemah kami n u are most welcome to give ME n Kak LIZA any coments or idea.

Sebelum tu, dee nak minta maaf, sebab tak dapat post koleksi SYRIA RETRO Dee. My NINI (Nikon D60 DSLR) tertinggal kat umah mak. InsyaAllah Dee akan post secepat mungkin k..

Untuk tak menghampakan semua, Dee bawakan koleksi Shawl terhangat di pasaran. Yerla, skrg kan, ramai yang berlumba-lumba nak jadi ala-ala YUNA. So, dee bawakkanla koleksi tudung SHAWL ini. Material Shawl nie adalah CHIFFON N SILK. Jangan risau, mudah je nak pakai, tak licin, FARRA dah gayakan untuk anda semua. Next Time Dee akan wat TUTORIAL Nak PAKAI SHAWL OKKK..So, check it out !!!